TAHUKAH anda ikan kelah menjadi ikan sungai kedua termahal di Malaysia selepas empurau kerana berharga antara RM150 hingga RM500 sekilogram di pasaran? Ya, maka tidak hairanlah ikan itu menjadi buruan kaki pancing di beberapa sungai yang menjadi habitatnya di seluruh negara terutama di Pahang, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kini penternakan ikan kelah dalam sangkar mampu menarik golongan muda untuk menceburi bidang keusahawanan yang dilihat semakin berkembang.• ↖️Tolong 'like' untuk info terbaik anda Beliau berkata bidang ini mampu mengisi kelompongan golongan itu dalam subsektor perikanan yang kini dilihat semakin berkurangan. “Mungkin golongan muda masa kini tidak lagi tertarik menjadi nelayan namun penternakan ikan kelah merupakan satu program yang cukup menarik kerana ia mampu menjana keuntungan lumayan kepada pengusaha. ↖️Tolong ...