↗️ Untuk lebih infomasi sila tekan like
1. Fertigasi adalah satu teknologi penanaman TANPA TANAH iaitu pokok diberikan baja dalam bentuk larutan melalui drip irrigation.
2. Untuk memulakan projek ini, anda perlu mengikuti KURSUS khas tanaman Fertigasi secara teori dan praktikal. Kos sekitar rm150-rm200.
3. Untuk permulaan, saya sarankan anda mulakan 20 POLYBAG. Anda perlu mahir dari segi sukatan baja, mencegah penyakit dan belajar marketing, dll.
4. Setelah anda mahir, anda boleh mulakan FASA KE 2, iaitu menanam 100 polybag, 500 polybag, 1000 polybag, dan seterusnya. .
↗️Untuk lebih infomasi sila tekan like
5. Anggaran kos tanaman cili fertigasi untuk 100 POKOK sekitar rm1,500 untuk kos seperti tangki air, pam air eletrik, cocopeat, polybag hitam saiz 16×16, dripper, baja AB, silvershine, digital timer, ec meter dan lain2 kos.
6. Cabaran utama tanaman cili fertigasi adalah serangan hama seperti kutu TRIPS, Virus Mozek selain hujan berterusan.
7. Sebaiknya pasang atap PLASTIK UV / rumah lindungan hujan (RPH) untuk elak hujan dan SILVERSHINE untuk memudahkan kerja merumput.
8. Potensi pendapatan untuk 1 polybag cili bara fertigasi boleh dapat putara 2 kilogram semusim. Andaikan 1 kilo cili bara berharga rm35. 2 kilogram (1 pokok) x rm70 sepokok.
9. 1 pokok rm70 x 100 pokok = rm7,000 semusim (6 bulan) potensi pendapatan kasar tidak termasuk kos pekerja, racun dan baja. Kos permulaan memulakan fertigasi agak berat tapi anda hanya melabur sekali sahaja. Semoga bermanfaat, jangan lupa share di fb anda terima kasih – sumber petani moden
Ulasan
Catat Ulasan