Langkau ke kandungan utama

Untung mereka yang piara ini | Ikan kelah mampu rawat kulit bagi pesakit kencing manis




TAHUKAH anda ikan kelah menjadi ikan sungai kedua termahal di Malaysia selepas empurau kerana berharga antara RM150 hingga RM500 sekilogram di pasaran?

Ya, maka tidak hairanlah ikan itu menjadi buruan kaki pancing di beberapa sungai yang menjadi habitatnya di seluruh negara terutama di Pahang, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kini penternakan ikan kelah dalam sangkar mampu menarik golongan muda untuk menceburi bidang keusahawanan yang dilihat semakin berkembang.•
http://picasion.com/

↖️Tolong 'like' untuk info terbaik anda
Beliau berkata bidang ini mampu mengisi kelompongan golongan itu dalam subsektor perikanan yang kini dilihat semakin berkurangan.

“Mungkin golongan muda masa kini tidak lagi tertarik menjadi nelayan namun penternakan ikan kelah merupakan satu program yang cukup menarik kerana ia mampu menjana keuntungan lumayan kepada pengusaha.
↖️Tolong 'like' untuk info terbaik anda
Ia sekali gus dapat menambah produktiviti makanan khususnya dalam subsektor ini,” katanya.

Menurut Che Abdullah lagi, kerajaan akan sentiasa menyokong mana-mana aktiviti berkaitan pertanian dan penternakan menerusi peruntukan yang disalurkan kepada kementeriannya sepanjang masa.

KOLAGEN TINGGI
Sementara itu, salah seorang dari pengusaha tapak penternakan ikan kelah yang juga merupakan seorang pengamal perubatan, Dr Ab Aziz Al Safi Ismail berkata, idea menternak ikan kelah tercetus selepas hasil kajiannya mendapati ikan kelah mempunyai kolagen yang tinggi dan sesuai untuk dijadikan tampalan kulit bagi pesakit kencing manis.

“Sebelum ini kulit ikan tilapia digunakan untuk tujuan tersebut namun tahap kolagennya sedikit kurang berbanding ikan kelah, justeru saya merasa terpanggil untuk memelihara ikan kelah ini untuk tujuan bioperubatan.

“Selain itu, sisiknya boleh diproses untuk dijadikan kolagen manakala isinya boleh dijadikan pil untuk meningkatkan tenaga batin dan lebih kuat berbanding Viagra,” katanya.

Beliau berkata dari segi pasaran pula, permintaan terhadap ikan kelah mencecah kira-kira enam tan sebulan dan setakat ini pengusaha ikan kelah tempatan hanya mampu menghasilkan jumlah tersebut dalam tempoh setahun.

“Justeru, permintaan terhadap ikan kelah ini amatlah tinggi kerana pasarannya masih lagi luas dan kurang diceburi oleh penternak lain.

“Harga ikan kelah di pasaran juga amat mahal iaitu kira-kira RM500 bagi satu kilogram dan ikan kelah boleh dijual daripada benih sehingga tempoh matang 30 bulan,” katanya.

— BERNAMA
Tekan butang 'kongsi' dibawah untuk rakan anda↘️

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Memulakan Tanaman Cili Bara FERTIGASI – Potensi Pendapatan 100 Polybag

↗️ Untuk lebih infomasi sila tekan like 1. Fertigasi adalah satu teknologi penanaman TANPA TANAH iaitu pokok diberikan baja dalam bentuk larutan melalui drip irrigation.  2. Untuk memulakan projek ini, anda perlu mengikuti KURSUS khas tanaman Fertigasi secara teori dan praktikal. Kos sekitar rm150-rm200.  3. Untuk permulaan, saya sarankan anda mulakan 20 POLYBAG. Anda perlu mahir dari segi sukatan baja, mencegah penyakit dan belajar marketing, dll.  4. Setelah anda mahir, anda boleh mulakan FASA KE 2, iaitu menanam 100 polybag, 500 polybag, 1000 polybag, dan seterusnya. .  ↗️ Untuk lebih infomasi sila tekan like 5. Anggaran kos tanaman cili fertigasi untuk 100 POKOK sekitar rm1,500 untuk kos seperti tangki air, pam air eletrik, cocopeat, polybag hitam saiz 16×16, dripper, baja AB, silvershine, digital timer, ec meter dan lain2 kos.  6. Cabaran utama tanaman cili fertigasi adalah serangan hama seperti kut...

Nasihat Doktor. 6 Jenis Buah untuk Menurunkan Berat Badan Ini Patut Dicuba

  Buah mengandung banyak manfaat bagi kesehatan jika dikonsumsi secara rutin. Salah satunya adalah membantu penurunan berat badan. Kenali apa saja jenis buah yang dapat menurunkan berat badan. Salah satu alasan buah bisa membantu menurunkan berat badan adalah karena kandungan seratnya. Mengonsumsi makanan yang mengandung serat tinggi seperti buah bisa membuat Anda kenyang lebih lama. Selain itu, kandungan lemak dan kalori pada buah pun terbilang rendah.   • ↖️Tolong 'like' untuk info terbaik anda Aneka Buah untuk Menurunkan Berat Badan Berikut adalah aneka buah yang dapat Anda konsumsi untuk menurunkan berat badan: 1. Limau bali Limau bali merupakan salah satu pilihan buah untuk menurunkan berat badan. Hal ini kerana kandungan kalori di buah ini tergolong rendah, sehingga sesuai dikonsumsi bagi Anda yang sedang menjalani program diet. Selain itu, kandungan air di limau bali mencapai 90%, sehingga membuat Anda cepat kenyang dan d...

Rawat BUASIR Tanpa Pembedahan – Petua KECUTKAN Buasir Secara Semulajadi

• •⬅️ untuk lebih infomasi sila tekan like 1. Siput Gondang Siput gondang dipercayai mampu menyembuhkan buasair secara semulajadi tanpa buat pembedahan di hospital. Caranya sangat mudah iaitu dijadikan masakan seperti masak lemak dan sebagainya. Lendir dari siput gadong dapat menyembuh serta melancarkan pembuangan najis. 2. Bawang Putih Tumbuk bawang putih dengan mencampurkan sedikit air. Air perahan dari bawang putih di sapu di bahagian yang mempunyai buasir pada setiap hari. Buasir akan kecut dan tidak lagi bengkak seperti sebelumnya. •⬅️ untuk lebih infomasi sila tekan like 3. Serbuk Manjakani Ambil serbuk manjakani yang boleh dibeli atau dibuat sendiri dan dicampurkan dengan sedikit air supaya ia kelihatan basah. Sapukan serbuk manjakani pada bahagian buasir, amalkan sehingga sembuh. 4. Kaduk Gajah Caranya sangat mudah, ambil akarnya lebih kurang 500 gram dan direbus dengan air sebanyak 1.5 liter air sehingga menidih, campur sedikit ...